Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.
Baiklah, itu adalah kisah secara ringkas tentang sejarah pembinaan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, dimanakah lokasinya?
Menurut kisah tadi, Iskandar Zulkarnain menuju ke Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dimanakah lokasinya? Sila lihat peta di bawah.
Setibanya beliau di Armenia, belia menjumpai kaum yang tinggal di antara 2 buah gunung. Di manakah lokasi gunung itu. Sekali lagi lihat peta di bawah.
Terdapat banjaran yang dinamakan Banjaran Caucasian Kecil yang mana terdiri dari beberapa buah gunung. Namun mana satu yang dimaksudkan? Menurut perkiraan saya, hanya kawasan yang ditandakan dengan bulatan biru boleh menjadi satu kemungkinan kerana terdapat beberapa tempat yang mampu menempatkan penduduk di antara gunung-gunungnya. Apa yang dinyatakan melalui bijak pandai adalah, penduduk yang ketakutan tersebut tinggal di antara gunung Armenia dan Gunung Azerbaijan. Adakah ini bermaksud mereka berada berhampiran sempadan negara tersebut? Tidak diketahui pula kerana di dalam al-Quran sendiri tidak ada menyebut lokasi dan nama gunung itu.
Dari apa yang saya dapat perhatikan, hanya satu tempat sahaja yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan tempat yang dimaksudkan. Ianya dinamakan Jermuk. Terletak di antara dua buah gunung yang mana salah satu gunungnya terus mengunjur ke Azerbaijan. Sila klik link di bawah ini untuk melihat penerangan terperinci dalam animasi gif.
Seperti yang saya katakan, Jermuk berada di antara 2 buah gunung dan lokasinya memang hampir dengan Azerbaijan. Salah satu gunung yang mengapitnya mengunjur terus ke Azerbaijan. Anda boleh melihat dengan lebih teliti melalui satu lagi animasi gif yang saya sediakan. Sila klik pada link di bawah ini.
Klik Untuk Lokasi Terperinci
Saya sudah beberapa kali mencari maklumat mengenai gunung-gunung banjaran Caucasian. Maklumat yang boleh perolehi hanyalah mengenai banjaran Caucasian besar dan sebilangan gunung di banjaran Caucasian kecil. Apa yang mendukacitakan, terasa seolah-olah segala maklumat mengenai banjaran Caucasian di bahagian selatan tiada. Ianya seolah dibekukan dan tidak boleh dikongsikan kepada umum. Sedangkan di situ merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan di Armenia. Ianya seperti menyimpan satu rahsia. Adakah benar di situ tempat Yakjuj dan Makjuj?
Namun, seringkali juga saya bercelaru memikirkan kebenaran research ini. Kerana, Iskandar Zulkarnain berada di Armenia selama ratusan tahun dahulu. Tidak mustahil peta boleh berubah akibat dari jajahan negara-negara sekeliling yang memungkinkan saiz negara serta lokasi tidak tepat. Tengok sahajalah peta-peta Armenia di bawah ini.
Peta dari abad yang tidak diketahui
Peta dari abad yang tidak diketahui
Peta tahun 1522
Peta tahun 1653
Dari apa yang anda dapat lihat, ianya tidak sama bukan? Itulah yang menjadi persoalan di fikiran sekarang ini. Apakah benar hasil pemerhatian saya mengenai lokasi Yakjuj dan Makjuj berada dan adakah ianya sebenarnya berada di banjaran Caucasian besar atau pun banjaran Causian kecil seperti yang saya temukan?
Atau adakah Yakjuj dan Makjuj itu sebenarnya adalah satu konsep yang mana, nama Yakjuj dan Makjuj itu mewakili kepada puak kafirin yang sentiasa melakukan kerosakan? Seperti yang diketahui, sebelum kiamat Yakjuj dan Makjuj akan keluar dan akan mengkafirkan semua umat di seluruh dunia malah akan membunuh jika mereka menginginkannya. Ketika ini perkara tersebut sudah pun terjadi, yang mana ramai kaum-kaum kafirin laknatullah aktif menyebarkan fitnah dan dakwah di seluruh dunia demi menyesat dan mengkafirkan umat Islam. Adakah mereka itu Yakjuj dan Makjuj?
Begitu juga dengan pemimpin Amerika dan Israel laknatullah yang menyebarkan fitnah yang terang-terangan ianya tidak berasas dan menyebabkan kemusnahan dan pembunuhan demi perut sendiri. Adakah mereka juga sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Yakjuj dan Makjuj? Jika ya, siapakah dajalnya? Adakah dajal juga sebenarnya satu konsep yang mana ianya lebih merujuk kepada sistem kehidupan manusia yang semakin tempang, rambutnya yang kerinting bermaksud keserabutan di dalam fikiran manusia mengejar keduniaan, mata yang buta sebelah sebagai tidak melihat segala amalan untuk Allah tetapi pandangan terbuka luas untuk hiburan, kemusnahan dan keseronokkan? Bagai mana pula dengan tembok Iskandar Zulkarnain? Adakah ianya juga satu konsep kehidupan yang mana ianya sekukuh dan setebal iman di dada serta setinggi ilmu dan kehormatan? Semuanya hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahualam…
No comments:
Post a Comment